Sultan Negeri Terengganu merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.
Terengganu terbahagi kepada 7 daerah iaitu :-
- Besut بسوت
- Dungun دوڠون
- Kemaman كمامن
- Kuala Terengganu كوالا ترڠڬانو
- Marang مارڠ
- Setiu ستيو
- Hulu Terengganu هولو ترڠڬانو
Terengganu dibahagikan kepada 8 parlimen iaitu:-
- Besut بسوت
- Dungun دوڠون
- Kemaman كمامن
- Kuala Terengganu كوالا ترڠڬانو
- Marang مارڠ
- Setiu ستيو
- Hulu Terengganu هولو ترڠڬانو
- Kuala Nerus
Bandar-bandar utama di Terengganu adalah
- Bandaraya Kuala Terengganu (ibu negeri)
- Chukai
- Jerteh
- Dungun
- Kuala Berang
- Marang
- Bandar Permaisuri
- Kampung Raja
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak diantara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1,295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu. Daerah dalam negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan daerah ketujuh di Negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut adalah: Kuala Terengganu 60,654.3 hektar; Kemaman, 253,559.9 hektar; Dungun, 273,503.1 hektar; Marang, 66,654.3 hektar; Hulu Terengganu, 387,463.6 hektar, Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandaraya Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai,Dungun dan Jerteh.
No comments:
Post a Comment