Wednesday, 10 September 2014

Presiden PAS Putuskan, PKR Dan DAP Tidak Perlu Lagi Diajak Berunding – Nik Abduh

NIk Abduh Nik Aziz
Oleh: Nik Mohamad Abduh Nik Aziz

Ikuti pandangan Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung isu ini.

Siapa Pengkhianat?
Presiden PAS dituduh khianati Pakatan Rakyat (PR) kerana namakan calon Menteri Besar (MB) daripada PAS.
Mari amati kisah pengkhianatan. Hakikatnya, pengkhianatan lebih awal bermula daripada 2 gerangan yang saling berkerja sama;
1) 2 pengkhianat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS yang melompat memberi sokongan kepada PKR. Ia memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
2) Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam PR apabila menerima pengkhianatan 2 ADUN PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
Sebagaimana 2 ADUN itu memutuskan wala’ dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR telah memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS.

Siapa pun yang menginsafi, dia akan memahami apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh presiden PAS apabila;
1) Partinya dikhianati dari dalam oleh ahlinya sendiri.
Anda sedang melihat apa yang sedang bergolak di dalam PAS sekarang. Ia sememangnya bermula daripada kisah pengkhianatan 2 ADUN ini.
2) Partinya dikhianati dari luar oleh rakan sendiri.
Anda juga sedang melihat -akibat pengkhianatan PKR- pergolakan dalam PR akibat PAS kehilangan taruhan kuasanya di dalam menentukan kelangsungan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) yang Majlis Syura Ulama PAS (MSU) putuskan untuk mempertahankannya.

Apa pilihan yang harus dilakukan presiden?
Ada 2 pilihan;
1) Terus bertindak drastik dan keras dengan mendorong parti PAS ke arah keluar daripada PR. Pengkhianatan, daripada sudut hukum, semestinya menjadi faktor utama pembatalan Tahaluf Siyasi.
2) Bersikap dan bertindak lebih budiman dengan memberi peluang dan masa agar mampu memperbaiki keadaan dan memulihkan dalaman PAS dan hubungan dengan PKR dan PR.

Presiden telah memilih pilihan kedua.
Tindakan itu telah menerima pujian awam apabila PAS melalui mesyuarat 17/8/14, memutuskan bersetuju memberikan sokongan sementara kepada TSKI (Ini pastinya dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU dan mengejutkan pihak yang menyokong TSKI) dan mengemukakan 2 nama calon MB baru, termasuk Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (WAWI) yang juga dilihat bercanggah dengan keputusan asal MSU.
Lihat, alangkah berjiwa besarnya presiden. Beliau mampu mempengaruhi MSU agar menerima hakikat PR perlu diselamatkan.

Malang tak berbau!
Keputusan ‘emas’ itu hanya mampu bertahan 5 jam!
Petangnya, tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat PR memutuskan hanya satu nama akan dipersembahkan kepada istana iaitu WAWI. Alasan penarikan diri Azmin Ali adalah menarik dan diterima.

Di sinilah bermula PAS dilabel sebagai parti U-Turn oleh BN.
Presiden kini berhadapan 2 kemelut yang tiba-tiba;
1) Kegagalan wakil PAS ke mesyuarat PR yang diketuai Timbalan Presiden untuk mengembalikan semula keputusan penarikan diri Azmin Ali ke meja mesyuarat PAS. Menghantar hanya satu nama ke istana bukan sama sekali RUH keputusan mesyuarat PAS yang telah menetapkan 2 nama.
Ia bermaksud presiden berhadapan situasi kritikan dalaman yang tajam akibat keputusan yang lemah dalam mesyuarat PR.
2) Ketegangan dengan pihak istana yang memberi isyarat awal penolakan terhadap pencalonan WAWI. Tambahan pula, istana masih memberi sokongan padu kepada TSKI.
Menjaga hubungan dengan pihak istana adalah polisi PAS yang diterima masyarakat awam yang mahukan keharmonian di antara institusi kuasa diwujudkan.
Apa pula yang presiden harus lakukan selepas badai hanya mampu bertenang sekadar 5 jam?
Ya, presiden terus dengan sikap budiman. Beliau menerima hakikat bahawa kelemahan adalah daripada dalam partinya sendiri. Beliau segera ke Kota Bharu, bertemu Mursyidul Am untuk bergagah dengan nilai budimannya itu pada kekuatan suara putus daripada ketua MSU. Mursyidul Am telah memberi sokongan padu.
Keadaan mendung tidak berakhir dengan hari yang kembali cerah, malah kilat dan petir mula bersambaran. Tiba-tiba isu akaun bersumpah (SD) timbul.
13 ADUN PAS diasak oleh PKR agar menanda tangani SD menyokong WAWI sebagai Menteri Besar baru. Ia menimbulkan ketegangan dan kekeruhan yang bertambah di dalam dan di luar PAS.

Presiden mesti bertindak dan mestilah segera!
Mesyuarat PAS pada 25/8/14 keluar dengan keputusan baru yang mengejutkan. PAS memutuskan tidak menghantar sebarang nama dan menyerahkan kebijaksanaan memutuskan isu MB kepada pihak Istana.
Mesyuarat itu dilaporkan kemudiannya bahawa presiden menggunakan kata putusnya sendiri dan dilapor tidak menerima pandangan majoriti ahli.
Daripada pelabelan awal oleh BN, rakan PR mula turut menamakan PAS sebagai parti U-Turn!

PAS mula dipermainkan rakan-rakannya sendiri.
Kemudian, apabila istana membuat keputusan meminta setiap parti menghantar lebih 2 nama, PR terus gagal untuk bersatu.
Malah, kemelut dipanaskan dengan isu presiden PAS mengajak Azmin Ali belot terhadap partinya. Walaupun dinafikan, api itu enggan dipadamkan dan sengaja dibiarkan.

Sekarang, mari kita lihat;
1) Adakah PKR melihat dan memuliakan sikap toleransi yang tinggi itu daripada presiden PAS? Tidak bukan?
2) Adakah anda melihat sebarang usaha pengenduran daripada PKR di dalam mengurangkan ketegangan dengan PAS? Tidak bukan?
3) Adakah tindakan budiman presiden PAS berjaya meredakan ketidakpuasan beberapa pemimpin PAS yang terus mengkritik beliau, malah terus memuja pengkhianatan 2 ADUN itu? Tidak bukan?
4) Adakah dalam tempoh tu, DAP sebagai rakan PR berusaha memberi sedikit nafas kepada kestabilan PR? Tidak bukan?
5) Adakah situasi ini berjaya memikat pihak istana untuk menerima penyelesaian daripada dalaman PR? Tidak bukan?
Jadi, siapakah yang memulakan pengkhianatan dan siapakah yang meneruskannya?

Mari melihat kesimpulan saya..
Hari ini, anda melihat apa yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa PAS atau presiden PAS telah sampai ke tahap toleransi tertinggi. Selepasnya, jika tidak disambut baik, maka toleransi berakhir dan presiden PAS akan mula bertindak..
Saksikan..
Presiden putuskan bahawa PKR dan DAP tidak perlu lagi diajak berunding.. no more
Presiden putuskan untuk menangani isu dalaman PAS dengan caranya sendiri.. juga, no more
Akhir daripada saya, jika semalam anda melihat intimnya hubungan beberapa pemimpin PAS dengan rakan PKR dan DAP untuk mematikan langkah presiden sendiri, hari ini pula anda sedang melihat para ulama dan pencinta kepimpinan ulama sedang bersahutan dan bertautan menyokong tindakan baru presiden PAS.
Dan anda telah pun tahu apa sikap saya dan di mana saya. Saya enggan mengelirukan..
Selamat bertarung di ‘KuborMove’.. Jumpa di sana.

Tuesday, 9 September 2014

Tuan Ibrahim Pengarah Induk PRK Pengkalan Kubor

ASLANI M | .
TUMPAT: Jentera operasi PAS pilihan raya Dun Pengkalan Kubor diketuai bekas Speaker Dun Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dilantik sebagai Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor.

Setiausaha Operasi PAS Pilihan Raya Dun Pengkalan Kubor, Jamaluddin Ishak berkata, pelantikan tersebut dibuat pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur semalam.

Katanya, Timbalan Pengarah Operasi pilihan raya terbabit iaitu Dr Wan Nik Wan Yussof, Mohd Nasir Daud, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Mohd Zaki Ibrahim.

“Gerak kerja operasi pilihan raya PAS di Pengkalan Kubor bermula pada 12 September lalu selepas dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu,” katanya di sini.

Operasi jentera tersebut berpusat di Markas Besar PAS Dun Pengkalan Kubor di Kampung Tebing. Bangunan dua tingkat itu turut menempatkan ruang sidang media dan Unit IT dan Media PAS.

Jamaluddin juga berkata, pasukan petugas daripada PAS kawasan-kawasan lain di Kelantan memulakan gerak kerja bermula semalam sehingga hari pembuangan undi 25 September ini.

Manakala jentera PAS kawasan-kawasan lain dari luar Kelantan akan mulai berkampung pada Khamis ini.

Dun Pengkalan Kubor mempunyai 12 unit peti undi (UPU). UPU Pengkalan Kubor menempatkan petugas PAS dari Pengkalan Chepa dan Wilayah Persekutuan.

UPU Ketil – Pasir Mas, Melaka dan Sarawak, UPU Tebing – Pasir Puteh dan Selangor, UPU Geting – Kota Bharu, Machang dan Pahang.

UPU Simpangan – Tanah Merah dan Johor, UPU Tujuh – Ketereh dan Terengganu, UPU Jubakar Darat – Tumpat dan Perak, UPU Bunohan – Kubang Kerian dan Negeri Sembilan.

UPU Teluk Jering – Rantau Panjang dan Sabah, UPU Telaga Bata – Jeli, UPU Bendang Pak Yong – Kuala Krai, Bachok dan Perlis manakala UPU Kedai Geting - Gua Musang dan Kedah. - HARAKAHDAILY 9/9/2014 

Monday, 8 September 2014

Calon MB: Hanya PAS akur titah, kata Istana


HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Istana Selangor hari ini menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan satu nama berhubung calon Menteri Besar Selangor yang baharu sebagai 'engkar' kepada arahan Sultan.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan kedua-dua pati itu yang menghantar hanya satu nama sama menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan perbuatan derhaka kepada baginda.

"DYMM Sultan Selangor amat merasa dukacita di atas tindakan parti-parti DAP dan Keadilan yang engakar terhadap baginda bertarikh 27 Ogos 2014.

"Tindakan parti DAP dan parti Keadilan ini menggambarkan kebiadapan kepada Institusi Raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada titah DYMM Sultan Selangor," katanya.

Namun demikian, katanya hanya parti PAS yang akur dengan titath DYMM Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon Menteri Besar Selangor.

PAS sebelum ini mengemukakan tiga nama iaitu masing-masing dua Adun PKR dan seorang Adun PAS.

PKR dan DAP pula mengemukakan nama tunggal iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Teliti nama lain

Kenyataan itu juga menyebut, dengan penerimaan senarai calon itu, baginda akan menelitinya dan akan mengambil kira segala aspek di dalam menilai setiap calon sebelum membuat sebarang keputusan.

"Dalam masa yang sama memandangkan kuasa melantik Menteri Besar  Selangor terletak pada budi bicara Sultan Selangor maka baginda akan meneliti nama-nama Adun yang lain dari Pakatan Rakyat yang berkelayakan pada fikiran Sultan Selangor mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri," katanya. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

4 Exco PAS benteng Selangor dari tumbang kepada Umno

KUALA LUMPUR: Empat Exco Kerajaan Negeri Selangor daripada PAS yang kini dalam kerajaan negeri bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah benteng terakhir untuk menyelamatkan Kerajaan Pakatan Rakyat daripada tumbang kepada Umno.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor, Ustaz Sallehen Mukhyi, berkata pengekalan empat exco PAS itu adalah penting kerana ia adalah selaras Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Kita tidak ada kerjasama dengan Umno, bahawasanya jika Umno masuk kita akan keluar,” kata Sallehen dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian semasa Ijtimak PAS Selangor yang diadakan Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya Seri Kembangan, petang tadi.

“Walaupun Abdul Khalid kini Adun Bebas namun caranya masih lagi belum menjadi Adun Bebas lagi, malahan mutakhir ini walaupun sudah pemerintahannya hendak berakhir namun masih semangat,” katanya yang juga Exco kerajaan negeri.

Menurutnya, walaupun empat Exco namun perjalanan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tetap terus berjalan dengan program dirancang berjalan baik.

ACduk CSabak itu menambah, apa yang berlaku kepada Kerajaan Selangor hanya sedikit kocakan berbanding dengan pengalaman PAS sebelum ini yang pernah kehilangan kerajaan.

“Atas pengalaman pemimpin lalu yang pernah menempuh perjalanan panjang itu, maka Presiden kita dan rakan-rakan lain bertenang dalam situasi dan tidak terus membuat kenyataan untuk kita tidak beri kerjasama kepada Menteri Besar,” katanya.

Beliau berkata pendukung Pakatan Rakyat perlu mengikut kaedah Fiqh yang mendapat kemenangan dan pertolongan daripada Allah.

“Maka apabila kita diatur oleh jemaah maka kita berada di landasan yang betul untuk mendapat pertolongan daripada Allah,” katanya.
Selain beliau, tiga lagi Adun PAS yang menganggotai exco kerajaan negeri ialah Iskandar A Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali.

Bincang isu PAS di muktamar, bukan laman sosial

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS mahu ahli-ahli parti menggunakan peluang Muktamar Tahunan ke-60 di Batu Pahat bagi membincangkan masalah dalaman parti.

Oleh itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ahli dan penyokong tidak sewajarnya mengeruhkan suasana politik sekarang dengan kenyataan tidak wajar melalui laman-laman sosial.

Kata beliau ahli parti peringkat akar umbi dan pimpinan sewajarnya menerima keputusan pimpinan tertinggi parti demi kebaikan semua pihak.

Katanya, setiap mesyuarat mengikut kaedah Islam diberi kuasa kepada pemimpin tertinggi parti membuat keputusan.

“Zaman Rasulullah s.a.w. baginda mempengerusikan mesyuarat dengan diberi kuasa untuk membuat sebarang keputusan.

“Begitu juga dalam kaedah parti kita sekarang, keputusan mesyuarat ditentukan pengerusi,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru hari ini.

Beliau diminta mengulas isu yang berlaku di Selangor terutamanya cara Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menangani kemelut yang berlaku.

Mursyidul Am berkata, ahli parti diingatkan jangan mengeruhkan suasana kerana ada pihak mengambil kesempatan bagi melumpuh gerakan parti.

Katanya, apabila ahli parti sendiri mengeruhkan suasana ia memberi ruang pihak lawan menangguk di air keruh.

Ditanya penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) diterajui pemimpin-pemimpin PAS, katanya, setiap parti baru yang ditubuhkan akan menemui kegagalan.

“Waktu saya mula-mula sertai parti PAS dulu ada tiga parti iaitu Hamim, Berjasa dan Bebas Bersatu. Yang pegang jawatan tertinggi parti bukan sebarangan orang, tetapi hasilnya macam mana,” soalnya.

Menyentuh peluang Pakatan di Pengkalan Kubor, kata beliau sebelum ini PAS ada rekod kemenangan di Dun terbabit. - HARAKAHDAILY 8/9/2014

Saturday, 6 September 2014

Nak tubuh parti baru, sila - Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .
MARANG: Penubuhan parti baru dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah perkara biasa, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Penubuhan parti baru, ini perkara biasa dalam negara demokrasi berparlimen, siapa-siapa yang nak tubuh parti, sila tubuh," ujarnya ketika menjawab pertanyaan pada Majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam. (Video)

Selanjutnya Ahli Parlimen Marang itu mempersilakan mereka yang berlainan pendapat di dalam PAS yang mahu menubuhkan parti sendiri.

"Jadi mereka yang berlainan pendapat dalam PAS ni, dia nak tubuh parti sila, baik dia keluar dia tubuh parti sendiri, senang tak payah duduk dalam," ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Dalam nada berseloroh, katanya jika ada seekor nyamuk menyebabkan tidak lena tidur.

"Kalau duduk dalam, kalau ada nyamuk seekor tak jenera (lena) tidur kita pun, itu dia, senang nak tubuh parti, sila.
"Saya tak tahu, surat khabar tanya, ni saya tak baca berita ni," jelasnya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin.  (Foto bawah oleh Buletin Online) -HARAKAHDAILY 6/9/2014

Orang baru kenal PAS rasa isu Selangor sudah berat

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan mereka yang baru mengenali dan menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku kini sangat teruk.

“Kepada mereka (ahli) yang baru menyertai PAS merasakan gelombang yang berlaku sehari dua ini sangat teruk sehingga ada yang ‘mabuk laut’ dan pening,” ujarnya ketika berucap pada majlis Dailog dan Penjelasan Isu Terkini Bersama Presiden PAS di Dewan Tok Guru, Rusila petang semalam. (Video)

Beliau berkata, apa yang berlaku sehari dua ini adalah sedikit sangat tetapi kepada mereka yang baru hendak belajar politik merasakannya sudah berat.

Jelas Ahli Parlimen Marang itu lagi, kemelut yang berlaku di Selangor bukan masalah PAS.

"Masalah yang dibuat oleh rakan kita, yang kita terpaksa menolong memikulnya.

“Kita telah membuat keputusan untuk menyerahkan kerajaan negeri Selangor kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan telah berjaya memerintah satu penggal, kerajaan yang bersih hingga tidak ada ruang bagi kerajaan pusat untuk menghentam kerana tidak ada kesilapan dan kesalahan,” jelasnya pada majlis yang dianjurkan PAS Negeri Terengganu itu.
Justeru, beliau mengingatkan ahli PAS berwaspada dengan ‘gelombang’ politik yang sedang berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor agar tidak mengambil tindakan ‘bodoh’ dan merosakkan ‘bahtera PAS’. -HARAKAHDAILY 6/9/2014

Sunday, 31 August 2014

Bina Blog RM200.00 Sahaja

blog utk peribadi atau perniagaan hanya rm200.00 sahaja. tunjuk ajar sehingga pandai... rekmen kekawan dapat komisyen rm50.00 tunai ... boleh draw terus masuk ke bank anda...komisyen tambahan jika dpt 2 org rm10.00... minat tanya sms : 0199105222 http://blog.drsunnah.com



SEJARAH.. Tragedi Berdarah Yang Berlaku Di Kota Makkah Pada 1979


Pada akhir tahun 1979 Masjidil Haram yang di dalamnya mempunyai Kaabah yang menjadi kiblat kepada jutaan umat Islam sejak berkurun lama telah diserang dan ditawan oleh lebih kurang 500 orang penyerang yang diketuai oleh Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi seorang pengikut fanatik ajaran dan fahaman Wahhabi.

Menurut sumber, beliau telah mengiktiraf abang iparnya Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan sebagai Imam Mahdi dan beliau mempunyai kepercayaan bahawa semua ketua-ketua kerajaan di dunia Islam pada masa itu adalah korup dan menjadi proksi kepada kuasa barat terutamanya Amerika Syarikat dan beliau mahu keluarga Di Raja As- Saud yang memerintah Arab Saudi digulingkan. Dengan perancangan teliti dan rapi beliau dan pengikutnya telah menyerang Masjidil Haram pada 20 November 1979 dan menjadikan ribuan jemaah yang sedang melakukan ibadah di dalamnya telah dijadikan sebagai tebusan. Inilah pertumpahan darah yang pertama di dalam sejarah moden kota Mekah

Juhaiman ibn Muhammad ibn Saif al Utaibi.

Tarikh 20 November 1979 dipilih Juhaiman kerana ianya bersamaan pada hari pertama tahun 1400 Hijrah. Ini kerana terdapat ramalan bahawa Imam Mahdi akan muncul dan ditabalkan pada hari tersebut. Beberapa hari sebelum serangan , mereka telah menyembunyikan senjata , peluru dan bekalan makanan yang secukupnya di dalam bilik-bilik bawah tanah Masjidil Haram. Senjata yang diperolehi mereka itu dicuri dari depot senjata Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi beberapa bulan sebelumnya. Untuk mencuri dan menyeludup senjata adalah perkara mudah bagi Juhaiman kerana beliau dan beberapa pengikutnya pernah berkhidmat di dalam Tentera Pengawal Kebangsaan Arab Saudi selama 18 tahun.

Masjidil Haram ketika serangan subuh 20 November 1979.

Serangan ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu musim haji baru sahaja berakhir. Pagi itu ketika Imam Masjidil Haram ketika itu , Sheikh Mohammed al-Subayil sedang bersedia untuk mengimamkan hampir puluhan ribu jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman dan orang-orangnya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid, membunuh dua anggota polis yang hanya bersenjatakan cota dan menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan. Juhaiman kemudiannya mengambil alih sistem pembesar suara masjid dan mengumumkan Imam Mahdi akhirnya telah muncul di Kota Mekah. Selain daripada itu beliau mahukan ekspot minyak Arab Saudi ke Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan serta merta dan meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari tanah Arab Saudi.

Sebagai tindak balas dari serangan tersebut Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab Saudi cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu tersebut. Tentera dibawah arahan Juhaiman juga diletakkan di atas menara masjid lengkap dengan sniper (penembak curi). Akibat dari tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korbanyang tinggi dari pihak tentera Arab Saudi, serangan balas itu dihentikan.

Ketika itu telah timbul masalah dari segi syara’ mengenai penggunaan senjata api di dalam perkarangan Masjidil Haram. Majlis Ulama’ Arab Saudi pada awalnya menghalang penggunaan senjata kerana ia akan mencemarkan kesucian Kaabah tetapi atas desakan tentera dan kerajaan akhirnya Majlis Ulama’ Arab Saudi mengizinkannya dengan mengeluarkan satu fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api untuk melawan Juhaiman.

Setelah serangan awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal, kerajaan Arab Saudi terpaksa meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan Peranchis (GIGN) dan seramai tiga orang anggota GIGN dihantar ke Arab Saudi. Di lapangan terbang Jeddah , Majlis Ulama’ Arab Saudi menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan ‘tanah haram’ Mekah. Walaupun mereka “telah memeluk Islam” kehadiran anggota komando Peranchis ini dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua minggu itu.

Komando GIGN Perancis yang “masuk Islam” untuk operasi pembebasan Masjidil Haram.

Antara rancangan awal GIGN ialah membanjiri bilik bawah tanah Masjidil Haram yang digunakan sebagai tempat penahanan tebusan dan tempat persembunyian para pengikut Juhaiman. Selepas bilik-bilik ini dibanjiri kabel hidup yang mempunyai voltan tinggi akan dijatuhkan kedalamnya tetapi rancangan ini ditolak kerana ia boleh membawa kepada kematian ramai tebusan. Akhirnya mereka mengambil kata putus untuk menebuk lubang-lubang pada lantai masjid dan menjatuhkan bom tangan terus ke bilik-bilik bawah tanah tersebut.

Kesan selepas operasi serangan.

Selepas hampir dua minggu, peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979. Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan bahawa seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman. Namun ada yang percaya angka sebenar kematian ialah 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.

Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtan yang mendakwa “Imam Mahdi” terbunuh dalam serangan.

Rata-rata umat Islam seluruh dunia marah dengan keengganan kerajaan Arab Saudi untuk memenuhi permintaan dan tuntutan Juhaiman dan seterusnya menghalalkan pembunuhan serta penggunaan senjata di perkarangan masjid. Ramai yang berpendapat bahawa keputusan itu banyak menyebelahi Amerika Syarikat dan akibatnya beberapa kedutaan Amerika Syarikat seperti di Pakistan dan Libya telah dibakar oleh para perusuh dalam tunjuk perasaan. Demonstrasi dan protes juga diadakan di Filipina, Turki, UAE , Bangladesh dan India bagi membantah tindakan dan keputusan yang telah dibuat oleh Raja Faisal. Bagi kebanyakan orang Islam tindakan keluarga As-Saud itu membuktikan kebenaran yang mereka itu hanyalah boneka Amerika Syarikat.

Pengikut Juhaiman yang telah ditahan.

Ketika peristiwa itu berlaku, Masjidil Haram sedang dalam proses pengubahsuaian dan pembesaran masjid. Kerja-kerja pengubahsuaian ini dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi iaitu Syarikat Pembinaan Ben Laden. Ianya adalah syarikat milik kepada bapa Osama Bin Laden. Insiden ini juga telah membakar semangat Osama dan beberapa tahun kemudian beliau telah diusir keluar dari Arab Saudi kerana kelantangannya mengkritik keluarga As-Saud. Selebihnya kita telah tahu dengan apa yang telah tercatat di dalam lipatan sejarah.

Wallahu’alam.

Sumber:
Grand Mosque Seizure (Wikipedia)
war-story.blogspot.com
www.ontdekislam.nl
www.blogammar.com

Jahatnya UMNO, Halang Muktamar PAS ke 60?


Salam kepada semua AJK PAS PUSAT, Pesuruhjaya PAS Negeri-negeri danj Ketua-ketua Dewan.

Setelah Badan Perhubungan PAS Johor bincangkan dengan panjang lebar dan mendalam pada malam tadi 30 ogos 2014 dengan disertai oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj. Salahuddin Ayub maka kami terpaksa membuat keputusan segera mengenai Muktamar PAS ke 60 yang akan diadakan di Johor disebabkan tidak demokratiknya UMNO/BN yang memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat oleh Naib Presiden PAS Tn. Hj Salahuddin Ayub terus kepada MB Johor namun UMNO bermain wayang. Maka BPPNJ telah membuat ketetapan dengan berpandukan persetujuan Dato Mustafa Ali serta Tn. Asmuni Awi dalam mesyuarat Muktamar Induk pada 28 ogos 2014 lepas.

1. Muktamar PAS ke 60 akan dipindahkan ke lokasi Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Tanah milik ahli PAS. BERHAMPIRAN UTHM di tepi jalan utama.

2. Tarikh yang sama iaitu dari 18 September-20 September 2014 kerana semua kemudahan khemah telah siap sedia.

3. Mohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan hari ini juga. Johor memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini.

4. Jawatan kuasa negeri telah bersiap sedia untuk menjalankan amanah yang diberikan dengan lebih semangat kerana nampak kejayaan yang cuba dihalang oleh UMNO/BN akan membawa kemusnahan kepada mereka

5. Dewan Muslimat harap segera hubungi ana untuk final lokasi ini.

Hanya untuk dalaman saja. Pengumuman rasmi perpindahan akan dimaklumkan oleh SUA selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September.
JAWAPAN YB PJ JOHOR

Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/08/jahatnya-umno-halang-muktamar-pas-ke-60.html#ixzz3C201Etdp

Permata dari Timur

Tahniah buat Tuan Guru Presiden PAS

Gembira bercampur lega dengan pelantikan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai salah seorang Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dipimpin oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi. Beliau dilantik bersama Mufti Oman. Manakala Tuan Guru Abdul Hadi sendiri ulama yang terjun dalam politik kepartian di Malaysia menggambarkan keterbukaan Sheikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama Islam seluruh dunia yang menyertai muktamar kesatuan tersebut.

Ia berlaku di tengah dunia Islam berada di persimpangan dan sebahagian umat Islam tercari cari identiti. Ketika dunia hampir melupakan fobia Taliban, muncul pula gerakan ISIS@ISIL yang mengundang fitnah baru kepada dunia Islam. Ketika dunia Arab baru menikmati kebebasan demokrasi pasca Arab Spring, penggulingan Mursi di Mesir melahirkan kekecewaan terhadap demokrasi tersebut. Maka muncullah gerakan gerakan persenjataan yang diminati oleh sebahagian anak muda Islam yang kecewa dengan pendekatan demokrasi yang damai tersebut.

Tuan Guru Abdul Hadi mempertahankan pendekatan damai dalam menyelesaikan sebarang konflik dunia khususnya di Syria dan Mesir kini. Namun kadang kala ijtihad beliau dilihat bersendirian, hatta sebahagian kita di Malaysia pun ramai menolak ijtihad beliau dalam hal tersebut tanpa melihat lebih dalam.

Apabila berlaku peperangan, di luarnya dilihat mudah, tetali untuk jangka masa yang panjang kemusnahan akan berlaku dan sukar dibangunkan.

Kemudian suasana perang mudah dimanipulasi oleh kuasa kuasa besar untuk mencatur sesuatu yang akhirnya merugikan dunia Islam. Itulah yang berlaku di Afghanistan dan Iraq serta berpotensi berlaku di Syria.

Kejayaan Tuan Guru merintis perdamaian di Aceh Indonesia setelah berpuluh tahun hidup dalam peperangan adalah satu contoh yang baik untuk diteladani.

Alhamdulillah, anak-anak Aceh hari ini menikmati suasana damai dan fokus mereka membangunkan ummah dan negeri mereka dengan baik.

Cara fikir Tuan Guru ini dikongsi bersama guru beliau Dr Najmuddin Erbakan, anak muridnya juga Erdogan, Dr Kamal Halbawi dan beberapa tokoh lain daripada pelbagai negara dan mazhab.

Namun pasca pemergian Erbakan pada tahun 2011, dilihat ijtihad jalan damai Tuan Guru seolah-olah bersendirian dan terpencil.

Kita bukan bimbang ijtihad ditolak, tetapi bimbangkan dunia Islam terjerumus secara besar ke kancah peperangan dan extremism semakin berleluasa yang menyebabkan mudah kita menjadi bidak catur kuasa kuasa barat.

Namun cadangan Sheikh Yusuf Al Qardhawi dan penerimaan sebulat suara ahli muktamar yang terdiri daripada ulama-ulama Islam seluruh dunia terhadap pencalonan beliau sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia memberi satu siar harapan yang cerah.

Sebagaimana Allah memanjangkan usia Dr Yusuf Al Qardhawi sehingga 87 tahun hari ini, begitu juga harapannya agar Allah panjangkan usia Tuan Guru Abdul Hadi yang kini berusia 67 tahun untuk memimpin dan membimbing dunia Islam ke tahap menjadi ummat lebih bermaruah, bukan dipijak dan dihina sebagimana di Palestin dan lain lain wilayah Islam.

Sebagaimana kerajaan Qatar yang menjadikan negaranya sebagai pengkalan dan pejabat kepada Sheikh Qardhawi, begitulah selayaknya kerajaan Malaysia perlu menyediakan sebuah institusi dan pejabat untuk pergerakan Sheikh Abdul Hadi Awang sebagai Naib Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Penulis ialah Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Penyakit selfie

oleh : Panda Man

Penyakit selfie ini sedang menular dikalangan kita & lebih parah bila menular dikalangan Muslimah...

1. Ujub :

\asa dirinya anggun, dia teruja lihat kecantikkan dirinya. Sehingga terujanya tentang kecantikkan dirinya membuatkan dia sudah lupa siapa yang memberinya cantik. Bahkan lebih teruk lagi dia sudah tidak menghiraukan lagi auratnya terdedah. Akibat rasa terujanya maka dia hendak memperlihatkan kecantikkannya kepada Orang sekelilingnya.

2. Riya' :

Gemar mempamerkan kecantikkan dirinya, hendak dilihat kecantikkanya untuk tontonan awam. Penyakit ini terjadi bilamana hatinya sudah nipis sifat malu. Sedangkan sifat malu itu penting bagi muslimah. Mencari Keredhaan Allah sudah hilang didalam hatinya yang menebal mencari Perhatian Manusia.


3. Cinta Kemasyhuran :


Selepas membengkak sifat riya'nya, penyakit ini seterusnya menjadi sebuah penyakit yang digelar cinta kemasyhurannya. Ini penyakit sama seperti Gila Likers, gemar Pujian & comment2 para lelaki dan temannya, " cantiknya, wow, indahnya berpurdah, solehahnya, nice, comeynya dsb "
Seseorang yang sudah terkena penyakit ini perlu kepada Ubatnya.
Lihat dirinya, tanamlah niat hidup ini yang dikejar hanya keredhaan Allah semata-mata.
Mengasingkan dirinya, bertaubat kepada Allah. Mengadu pada Allah, yang penyakit ini sudah membengkak dalam diri. Mohon supaya Allah cabut akar penyakit ini agar selamat bertemu denganNya dalam keadaan Hati yang Selamat. Maaf andai terkasar & tersilap bahasa.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."
(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)

Biar Gambar Berbicara





Happy For Gaza


HIJRAH BUKAN REFORMASI

HENTIKAN BERBALAH, BUKTIKAN SELANGOR DINAMIK UNTUK KEMAJUAN RAKYAT - TAN SERI MUHAMMAD MUHD TAIB

Mukadimah: Bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997), Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjawab tentang kemelut Menteri Besar Selangor. Ikuti temubual ringkas wartawan Harakah, ARIF ATAN pada 21 Ogos lalu.


Photo: HENTIKAN BERBALAH, BUKTIKAN SELANGOR DINAMIK UNTUK KEMAJUAN RAKYAT - TAN SERI MUHAMMAD MUHD TAIB

Mukadimah: Bekas Menteri Besar Selangor (1986-1997), Tan Sri Muhammad Muhd Taib menjawab tentang kemelut Menteri Besar Selangor. Ikuti temubual ringkas wartawan Harakah, ARIF ATAN pada 21 Ogos lalu.

<b> HARAKAH: Pandangan Tan Seri tentang keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos lalu? 

MUHAMMAD: Mesyuarat akhirnya memutuskan Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan Azmin (Ali) sebagai calon Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 
Itu keputusan yang bagi saya sudah diperhalusi secara baik dan teliti oleh Jawatankuasa PAS. Tahniah saya ucapkan kerana dapat menjawab tanda-tanya rakyat tentang pendirian PAS.
Nampak jelas, keputusan PAS itu menjadi satu keputusan yang mengukuhkan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat.  

<b> Dakwaan kononnya PAS telah membuat U-Turn?

Saya fikir tidak berbangkit soal 'u-turn' lainlah seperti isu Adun Terengganu yang tak jadi meninggalkan Umno bulan Mac lepas. Keputusan PAS sebelum ini pun ketika Khalid itu masih lagi ahli Pakatan. 
Tapi kemudiannya apabila beliau tidak lagi mewakili mana-mana komponen dalam Pakatan, jadi PAS telah membuat keputusan bijak menolak Adun Pelabuhan Kelang itu sebagai Menteri Besar Selangor.

<b> Timbul isu jantina ekoran pencalonan Dato' Seri Wan Azizah?

Hal ini tidak patut timbul, terpulang pada budi bicara Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya pasti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ada pertimbangan yang bijaksana terhadap cadangan rakyat ini. 
Saya juga ada membaca penjelasan beberapa pakar perundangan dan perlembagaan berkenaan gender ini dalam isu pelantikan Wan Azizah. Mereka memberitahu kepada kita secara jelas, syarat pelantikan menteri besar dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tak menjejaskan peluang Adun Kajang itu menjadi Menteri Besar yang baharu.

<b> Bagaimana Tan Sri melihat keputusan Jawatankuasa PAS itu masih lagi menyaksikan senario seperti rumah siap pahat berbunyi dalam kalangan ahli PAS?

Saya fikir elok ahli-ahli PAS memperkukuh parti dan maju ke depan meneruskan perjuangan parti. Tugas pimpinan parti pula beri penjelasan bukan mengapikan keadaan. Banyak lagi perkara dan kerja tertangguh yang mesti dibereskan jika mahu dilihat relevan dalam 'mood' perubahan rakyat.
 Tindakan mengundur ke belakang hanya merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Hal-hal yang sudah lepas tiada guna kita mahu kelahi sesama parti. Ini hanya merugikan. Hentikanlah.  

<b> Pandangan berbeza tentang kemelut Menteri Besar Selangor ini mengundang perpaduan atau perpecahan dalam PAS?

Saya fikir PAS sekarang ini lebih kukuh lagi. PAS meraikan kepelbagaian pendapat dengan kemuncaknya ialah keputusan daripada pimpinan tertinggi. 
Jadi, cakap siapa lagi mahu didengar kalau perbezaan pandangan hanya menempah perpecahan dan kegagalan. Saya tidak rasa ahli-ahli PAS terlalu naif dalam memahami strategi berpolitik. 

> Rumusan dan harapan Tan Seri selepas ini? 

Selepas PAS membuat keputusan yang mantap, kerajaan negeri perlu digerakkan semula. Ini yang mungkin ramai mulai alpa sebab hanyut dengan perasaan. Emosional hanya mahu mengekalkan Khalid tak membantu survival Pakatan Rakyat. 
Majoriti sokongan Adun pun sudah ada pada Wan Azizah. Semestinya kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat ini perlu meneruskan agenda untuk membangunkan negeri Selangor. Paling penting menjadikan negeri ini sejahtera dan contoh suri teladan kepada negeri-negeri lain sebagai sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dinamik dan progresif.

<b> HARAKAH: Pandangan Tan Seri tentang keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa PAS Pusat, 17 Ogos lalu?

MUHAMMAD: Mesyuarat akhirnya memutuskan Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dan Azmin (Ali) sebagai calon Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Itu keputusan yang bagi saya sudah diperhalusi secara baik dan teliti oleh Jawatankuasa PAS. Tahniah saya ucapkan kerana dapat menjawab tanda-tanya rakyat tentang pendirian PAS.
Nampak jelas, keputusan PAS itu menjadi satu keputusan yang mengukuhkan dan menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada Pakatan Rakyat.

<b> Dakwaan kononnya PAS telah membuat U-Turn?

Saya fikir tidak berbangkit soal 'u-turn' lainlah seperti isu Adun Terengganu yang tak jadi meninggalkan Umno bulan Mac lepas. Keputusan PAS sebelum ini pun ketika Khalid itu masih lagi ahli Pakatan.
Tapi kemudiannya apabila beliau tidak lagi mewakili mana-mana komponen dalam Pakatan, jadi PAS telah membuat keputusan bijak menolak Adun Pelabuhan Kelang itu sebagai Menteri Besar Selangor.

<b> Timbul isu jantina ekoran pencalonan Dato' Seri Wan Azizah?

Hal ini tidak patut timbul, terpulang pada budi bicara Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Saya pasti Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ada pertimbangan yang bijaksana terhadap cadangan rakyat ini.
Saya juga ada membaca penjelasan beberapa pakar perundangan dan perlembagaan berkenaan gender ini dalam isu pelantikan Wan Azizah. Mereka memberitahu kepada kita secara jelas, syarat pelantikan menteri besar dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 tak menjejaskan peluang Adun Kajang itu menjadi Menteri Besar yang baharu.

<b> Bagaimana Tan Sri melihat keputusan Jawatankuasa PAS itu masih lagi menyaksikan senario seperti rumah siap pahat berbunyi dalam kalangan ahli PAS?

Saya fikir elok ahli-ahli PAS memperkukuh parti dan maju ke depan meneruskan perjuangan parti. Tugas pimpinan parti pula beri penjelasan bukan mengapikan keadaan. Banyak lagi perkara dan kerja tertangguh yang mesti dibereskan jika mahu dilihat relevan dalam 'mood' perubahan rakyat.
Tindakan mengundur ke belakang hanya merugikan PAS dan Pakatan Rakyat. Hal-hal yang sudah lepas tiada guna kita mahu kelahi sesama parti. Ini hanya merugikan. Hentikanlah.

<b> Pandangan berbeza tentang kemelut Menteri Besar Selangor ini mengundang perpaduan atau perpecahan dalam PAS?

Saya fikir PAS sekarang ini lebih kukuh lagi. PAS meraikan kepelbagaian pendapat dengan kemuncaknya ialah keputusan daripada pimpinan tertinggi.
Jadi, cakap siapa lagi mahu didengar kalau perbezaan pandangan hanya menempah perpecahan dan kegagalan. Saya tidak rasa ahli-ahli PAS terlalu naif dalam memahami strategi berpolitik.

> Rumusan dan harapan Tan Seri selepas ini?

Selepas PAS membuat keputusan yang mantap, kerajaan negeri perlu digerakkan semula. Ini yang mungkin ramai mulai alpa sebab hanyut dengan perasaan. Emosional hanya mahu mengekalkan Khalid tak membantu survival Pakatan Rakyat.
Majoriti sokongan Adun pun sudah ada pada Wan Azizah. Semestinya kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat ini perlu meneruskan agenda untuk membangunkan negeri Selangor. Paling penting menjadikan negeri ini sejahtera dan contoh suri teladan kepada negeri-negeri lain sebagai sebuah kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dinamik dan progresif.